Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2024
Seksyen 5
Pembayaran kompaun
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, arahan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa.
(2)
Pembayaran kompaun yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua.
(3)
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1)
kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.
Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat