Skip to content

Seksyen 2

Aturan keutamaan bagi pembayaran kategori yang berlainan bagi deposit Islam

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Aturan Keutamaan bagi Pembayaran Kategori yang Berlainan bagi Deposit Islam dalam Penggulungan Anggota Penerima Deposit) 2022

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

Dalam penggulungan suatu anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam atau suatu anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam di dalam atau di luar Malaysia, aturan keutamaan bagi pembayaran deposit Islam adalah seperti yang berikut:

(a)

pertamanya, deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

dan

(b)

keduanya, deposit Islam yang disifatkan di bawah seksyen 288

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 sebagai deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

P.U. (A) 41 3