Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (CAJ LAMPAU TEMPOH) 2012
Seksyen 2
Jika mana-mana premium atau surcaj premium yang terhutang dan kena dibayar di bawah seksyen 47, 48 atau 51 belum dibayar oleh anggota penerima deposit pada tarikh kena dibayar, premium atau surcaj premium yang belum dibayar itu hendaklah, tanpa penyampaian notis lanjutan kepada anggota penerima deposit itu, dinaikkan ke suatu jumlah wang yang bersamaan dengan sepuluh peratus (10%) setahun daripada premium atau surcaj premium yang terhutang itu, dikira atas jumlah hari yang sebenarnya berlalu dan atas dasar tahun tiga ratus enam puluh lima hari (365) dan jumlah wang itu boleh didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah premium atau surcaj premium yang terhutang dan kena dibayar di bawah Akta.