Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (KEPERLUAN PENDEDAHAN BAGI AKAUN AMANAH DAN AKAUN BERSAMA) (PINDAAN) 2022

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan

Pendedahan bagi Akaun Amanah dan Akaun Bersama) 2012 [P.U. (A) 418/2012], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—

(a)

dengan menggantikan takrif “akaun amanah” dengan takrif yang berikut:

‘ “akaun amanah” ertinya suatu akaun amanah berkenaan dengan suatu deposit bagi maksud Bab 1 Bahagian IV Akta yang dibuka atau disenggarakan dalam suatu anggota penerima deposit oleh seorang pemegang amanah yang setiap benefisiari kepada akaun amanah itu, dan amaun atau peratusan kepentingan benefisiari itu dalam akaun amanah itu, boleh dikenal pasti;’;

P.U. (A) 153 3

(b)

dengan menggantikan takrif “akaun bersama” dengan takrif yang berikut:

‘ “akaun bersama” ertinya suatu akaun bersama berkenaan dengan suatu deposit bagi maksud Bab 1 Bahagian IV Akta yang dibuka atau disenggarakan dalam suatu anggota penerima deposit oleh seorang pemunya bersama dengan mana-mana orang lain;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “akaun bersama” takrif yang berikut:

‘ “butiran benefisiari” ertinya—

(a)

nama dan alamat setiap benefisiari, atau kod angka abjad atau apa-apa kod atau pengenal pasti lain bagi benefisiari itu dalam suatu akaun amanah; dan

(b)

amaun atau peratusan setiap kepentingan benefisiari dalam suatu akaun amanah;

“deposit” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam perenggan 41(1)(a) Akta;’;

(d)

dalam takrif “pemunya bersama”, dengan memotong perkataan “dan”

di hujung takrif itu;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “pemunya bersama” takrif yang berikut:

‘ “skim e-wang” ertinya suatu skim berkenaan dengan wang elektronik yang dikeluarkan oleh suatu pengeluar wang elektronik yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 11

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau seksyen 11

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

P.U. (A) 153 4

“wang elektronik” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013.’; dan

(f)

dengan memotong takrif “tahun taksiran”.

Penggantian peraturan 3

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (KEPERLUAN PENDEDAHAN BAGI AKAUN AMANAH DAN AKAUN BERSAMA) (PINDAAN) 2022