Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 8 dengan peraturan yang berikut:
“Penzahiran sebaik sebelum pembelian produk anggota bukan penerima deposit atau produk bukan deposit daripada anggota penerima deposit 8.
(1)
Apabila terdapat suatu pengeluaran daripada suatu deposit diinsuranskan bagi maksud pembelian apa-apa produk anggota bukan penerima deposit atau produk bukan deposit daripada suatu anggota penerima deposit, anggota penerima deposit itu hendaklah sebaik sebelum pembelian produk itu oleh suatu bakal pelanggan memohon suatu perakuan bertulis daripada bakal pelanggan itu bahawa dia telah diberitahu bahawa—
(a)
produk itu tidak diinsuranskan oleh Perbadanan; dan
(b)
apa-apa wang yang dikeluarkan daripada deposit diinsuranskan bagi maksud pembelian produk itu tidak lagi diinsuranskan oleh Perbadanan.
(2)
Subperaturan (1) tidak terpakai kepada suatu produk bukan deposit yang merupakan suatu produk insurans atau suatu produk takaful.
10
(3)
Apabila terdapat suatu pengeluaran daripada suatu deposit diinsuranskan bagi maksud pembelian apa-apa produk insurans atau produk takaful daripada anggota penerima deposit, anggota penerima deposit itu hendaklah memaklumkan bakal pelanggan untuk menghubungi Perbadanan bagi maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans.”.
Pindaan peraturan 9