Skip to content

Seksyen 12

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 9

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat Mengenai Insurans Deposit) (Pindaan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 13 of 27
Seksyen 12

peraturan yang berikut:

“Perubahan dalam status kebolehinsuransan deposit diinsuranskan 9A.

(1)

Dalam keadaan terdapat apa-apa perubahan dalam status kebolehinsuransan suatu deposit diinsuranskan, suatu anggota penerima deposit hendaklah memberitahu setiap pendepositnya yang mempunyai deposit diinsuranskan itu, tentang perubahan itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang disifatkan sebagai perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan.

(2)

Pemberitahuan kepada pendeposit di bawah subperaturan (1)

tidaklah termasuk penyiaran dalam akhbar atau cara komunikasi massa yang lain atau perletakan notis di premis atau laman sesawang anggota penerima deposit.”.