Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 10 dengan peraturan yang berikut:
11
“Mempamerkan representasi keanggotaan dalam iklan 10.
(1)
Anggota penerima deposit hendaklah membuat suatu representasi berkenaan dengan statusnya sebagai suatu anggota penerima deposit dalam bentuk dan kandungan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa, dalam iklannya yang mengandungi maklumat mengenai deposit kecuali untuk iklan yang dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa pengawal selia kewangan di Malaysia, termasuk Bank Negara Malaysia, dalam suatu format yang ditetapkan seperti lembaran penzahiran produk dan lembaran serlahan produk.
(2)
Representasi keanggotaan di bawah subperaturan (1) hendaklah dalam saiz dan cetakan yang secara jelasnya mudah dibaca dan ditempatkan berhampiran dengan nama anggota penerima deposit.”.
Pemotongan peraturan 11