Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Peraturan baharu 11A
peraturan yang berikut:
“Mempamerkan pernyataan kebolehinsuransan dalam iklan 11A.
(1)
Apabila suatu iklan berurusan dengan apa-apa deposit diinsuranskan, salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1)
hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit diinsuranskan itu.
(2)
Apabila suatu iklan berurusan dengan apa-apa deposit tidak diinsuranskan, salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 4(1)
hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit tidak diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah
12
ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit tidak diinsuranskan itu.
(3)
Apabila suatu iklan berurusan dengan satu atau lebih deposit diinsuranskan dan deposit tidak diinsuranskan bagi maksud menjadi suatu perbezaan yang jelas antara setiap deposit diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan, dan deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan—
(a)
salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1) hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit atau komponen itu; dan
(b)
salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 4(1) hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit atau komponen itu.
(4)
Apabila suatu iklan berurusan dengan satu atau lebih deposit diinsuranskan atau deposit tidak diinsuranskan, dan produk bukan deposit bagi maksud menjadi suatu perbezaan yang jelas antara setiap deposit diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan, atau deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1)
hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit
13
diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit atau komponen itu; atau
(b)
salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 4(1)
hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit atau komponen itu.
(5)
Apabila suatu iklan berurusan dengan satu atau lebih deposit diinsuranskan, deposit tidak diinsuranskan dan produk bukan deposit bagi maksud menjadi suatu perbezaan yang jelas antara setiap deposit diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan, dan deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan—
(a)
salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1) hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit atau komponen itu; dan
(b)
salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 4(1) hendaklah kelihatan pada muka surat yang deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu dan pernyataan itu hendaklah ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit atau komponen itu.
14
(6)
Walau apa pun subperaturan (1) hingga (5), apabila suatu iklan dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa pengawal selia kewangan di Malaysia, termasuk Bank Negara Malaysia, dalam suatu format yang ditetapkan seperti lembaran penzahiran produk dan lembaran serlahan produk—
(a)
anggota penerima deposit hendaklah menempatkan salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1)
atau 4(1) mengikut mana-mana yang berkenaan dalam iklan itu; dan
(b)
pernyataan itu tidak dikehendaki kelihatan pada muka surat yang deposit atau komponen deposit itu dirujuk buat kali pertama dalam iklan itu atau ditempatkan berhampiran dengan bahagian iklan yang berurusan dengan deposit atau komponen deposit itu.
(7)
Peraturan-Peraturan ini terpakai sama ada iklan itu merujuk—
(a)
hanya kepada suatu anggota penerima deposit; atau
(b)
kepada suatu anggota penerima deposit dan suatu anggota bukan penerima deposit.”.
Pindaan peraturan 12