Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 18
peraturan-peraturan yang berikut:
“Ejen 18A. (1)
Apabila aktiviti menerima deposit dijalankan oleh suatu ejen bagi pihak suatu anggota penerima deposit, anggota penerima deposit hendaklah memastikan bahawa ejennya—
(a)
mematuhi kehendak peraturan 3, perenggan 9(1)(a) dan peraturan 18, dan apa-apa kehendak lain
Peraturan-Peraturan ini yang ditentukan oleh Perbadanan;
dan
(b)
membuat penzahiran yang mencukupi dan tepat bahawa dia ialah ejen anggota penerima deposit dan suatu anggota penerima deposit hendaklah memastikan bahawa ejen itu tidak menggambarkan dirinya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai seorang anggota Perbadanan.
(2)
Suatu anggota penerima deposit boleh menyediakan salinan
Brosur Sistem Insurans Deposit dan senarai deposit diinsuranskan kepada ejennya untuk paparan di tempat perniagaan dan laman sesawang ejennya itu.
21
Latihan 18B.
(1)
Suatu anggota penerima deposit hendaklah melatih ejen dan kakitangannya yang berurusan secara langsung dengan pelanggan atau bakal pelanggan bagi pembukaan apa-apa akaun deposit atau pembelian apa-apa deposit, atau pembelian apa-apa produk anggota bukan penerima deposit atau produk bukan deposit daripada anggota penerima deposit di bawah peraturan 8, mengenai sistem insurans deposit termasuk skop perlindungan dan had perlindungan.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penerima deposit hendaklah menyediakan sesi latihan kepada ejen dan kakitangannya itu mengikut kehendak yang ditentukan oleh Perbadanan.
Semakan tahunan 18C.
Suatu anggota penerima deposit hendaklah menjalankan suatu semakan tahunan pematuhannya dan pematuhan oleh ejennya dengan peruntukan
Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai semakan pematuhan itu kepada Perbadanan mengikut kehendak yang ditentukan oleh Perbadanan.”.
Pemotongan peraturan 19 26.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 19.
Pindaan peraturan 20 27.
Peraturan 20
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a)
suatu profil deposit diinsuranskan dan deposit tidak diinsuranskan;”.
22
Dibuat 11 Januari 2019
[PIDM/PN/XX/2017; PN(PU2)689/V]
TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI BINTI YUSOFF
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Diluluskan 22 Januari 2019
[MOF.SID(S)700-1/26(SK.1); PN(PU2)689/V]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 209(4)
Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011]
23
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION
(PROVISION OF INFORMATION ON DEPOSIT INSURANCE) (AMENDMENT)
REGULATIONS 2019