Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 2 dengan peraturan yang berikut:
3
‘
“aktiviti menerima deposit” termasuk aktiviti menerima deposit atas akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa;
“anggota bukan penerima deposit” ertinya mana-mana orang selain daripada suatu anggota penerima deposit;
“Brosur Sistem Insurans Deposit” ertinya brosur Perbadanan yang berhubungan dengan sistem insurans deposit;
“deposit tidak diinsuranskan” ertinya—
(a)
suatu deposit yang dikecualikan di bawah mana-mana subperenggan 41(1)(a)(A) hingga (E) Akta; atau
(b)
suatu liabiliti atau surat cara kewangan yang telah ditentukan oleh
Perbadanan sebagai dikecualikan di bawah subperenggan 41(1)(a)(F) Akta;
“ejen” ertinya seorang yang dilantik oleh suatu anggota penerima deposit untuk menjalankan aktiviti menerima deposit bagi pihak anggota penerima deposit;
“iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau permintaan, sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik (termasuk pada laman sesawang, laman rangkaian sosial, rencana blog yang ditaja, televisyen, papan iklan dan melalui e-mel) bagi maksud memberikan maklumat mengenai suatu deposit, atau mempromosikan atau menawarkan jualan suatu deposit, termasuk melalui—
(a)
penyiaran dalam akhbar, majalah, jurnal atau terbitan berkala lain;
(b)
pameran sepanduk, panji-panji, poster atau notis; dan 4
(c)
pekeliling, surat sebaran, brosur, risalah, lembaran penzahiran produk, lembaran serlahan produk, buku atau dokumen lain, tetapi tidak termasuk promosi video dalam talian, radio, sepanduk dalam talian, alat tulis, dan barang promosi;
“institusi bukan anggota” ertinya mana-mana orang selain suatu institusi anggota;
“premis” ertinya suatu tempat perniagaan utama, suatu cawangan, suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi sesuatu tempoh terhad sahaja dan apa-apa tempat perniagaan lain di Malaysia yang aktiviti menerima deposit dijalankan tetapi tidak termasuk suatu agensi;
“produk bukan deposit” termasuklah suatu skim unit amanah, produk insurans, produk takaful, kemudahan kredit konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam;
“surat cara” ertinya apa-apa perjanjian atau dokumen, sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik, untuk merekodkan atau mengesahkan berlakunya suatu transaksi kewangan tetapi tidak termasuk apa-apa slip bank, cek, draf bank, kad, borang pembukaan akaun, lembaran terma, lembaran penzahiran produk, lembaran serlahan produk, borang pemindahan bertelegraf atau apa-apa komunikasi lain yang merupakan suatu bentuk pengesahan sementara;
“surat cara yang telah dikeluarkan” ertinya suatu surat cara yang telah dikeluarkan oleh anggota penerima deposit kepada pelanggannya sebelum tarikh Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa dan dikemukakan kepada anggota penerima deposit pada atau selepas tarikh
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa;
5
“terminal layan diri” ertinya suatu alat elektronik, dikendalikan oleh atau bagi pihak suatu anggota penerima deposit, melaluinya seorang boleh melaksanakan transaksi kewangan melibatkan apa-apa akaun deposit tanpa juruwang atau pegawai bank, dan termasuk suatu mesin teler automatik dan suatu mesin deposit wang tunai, cek atau duit syiling.”.
Pindaan peraturan 3