Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT) (PINDAAN) 2019

Seksyen 8

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 7 dengan peraturan yang berikut:

8

“Surat cara yang membuktikan deposit diinsuranskan, deposit tidak diinsuranskan dan produk bukan deposit 7.

Apabila suatu anggota penerima deposit mengeluarkan suatu surat cara yang membuktikan satu atau lebih deposit diinsuranskan, deposit tidak diinsuranskan dan produk bukan deposit, surat cara itu hendaklah membezakan setiap deposit diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan, dan deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan dan hendaklah mengandungi berhampiran dengan bahagian surat cara yang membuktikan setiap—

(a)

deposit diinsuranskan atau komponen deposit diinsuranskan, salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1); dan

(b)

deposit tidak diinsuranskan atau komponen deposit tidak diinsuranskan, salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 4(1).”.

Peraturan baharu 7A

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT) (PINDAAN) 2019