Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT) (PINDAAN) 2019

Seksyen 9

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 7

peraturan yang berikut:

“Surat cara yang telah dikeluarkan dan bekalan surat cara sedia ada 7A.

(1)

Suatu anggota penerima deposit hendaklah mematuhi kehendak di bawah peraturan 3, 4, 5, 6 dan 7, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila anggota penerima deposit mempunyai apa-apa surat cara yang telah dikeluarkan atau bekalan surat cara sedia ada yang membuktikan satu atau lebih—

(a)

deposit diinsuranskan;

(b)

deposit tidak diinsuranskan;

(c)

deposit diinsuranskan dan deposit tidak diinsuranskan;

9

(d)

deposit diinsuranskan atau deposit tidak diinsuranskan, dan produk bukan deposit; atau

(e)

deposit diinsuranskan, deposit tidak diinsuranskan dan produk bukan deposit.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penerima deposit boleh menampalkan suatu cap atau suatu pelekat yang mengandungi salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1) atau 4(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, pada mana-mana surat cara yang telah dikeluarkan atau bekalan surat cara sedia ada.”.

Pindaan peraturan 8

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT) (PINDAAN) 2019