Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan—
(a)
suatu representasi keanggotaan yang disediakan oleh Perbadanan secara ketara di pintu masuk utama setiap premisnya, dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(b)
salinan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans secara ketara di setiap premisnya dalam tempoh yang ditentukan oleh
Perbadanan dan hendaklah menyediakan salinan Brosur Sistem
Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans itu kepada pemunya sijil atau polisi atau orang lain.
P.U. (A) 134 6
Mempamerkan representasi keanggotaan dan Brosur Sistem Perlindungan
Manfaat Takaful dan Insurans pada laman sesawang, aplikasi mudah alih dan akaun dalam laman rangkaian sosial 6.
(1)
Apabila suatu anggota penanggung insurans mempunyai laman sesawang atau aplikasi mudah alihnya sendiri, atau berkongsi suatu laman sesawang atau aplikasi mudah alih dengan orang lain, Perbadanan boleh menghendaki anggota penanggung insurans itu untuk mempamerkan pada laman sesawang atau aplikasi mudah alih itu mana-mana yang berikut:
(a)
suatu representasi keanggotaan; dan
(b)
suatu hiperpautan kepada halaman sesawang yang Brosur Sistem
Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans itu dipamerkan, dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2)
Apabila suatu anggota penanggung insurans mempunyai suatu akaun di mana-mana laman rangkaian sosial bagi maksud memberikan maklumat mengenai produk takaful atau insuransnya atau mempromosikan atau menawarkan jualan produk takaful atau insuransnya, anggota penanggung insurans itu hendaklah mempamerkan suatu representasi keanggotaan dalam apa-apa cara dan tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan.
Mempamerkan representasi keanggotaan dan pernyataan gesaan bertindak dalam iklan