Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS) 2022

Seksyen 7

(1)

Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan dalam iklannya yang mengandungi maklumat mengenai produk takaful atau insurans—

(a)

suatu representasi keanggotaan; dan

(b)

suatu pernyataan gesaan bertindak.

P.U. (A) 134 7

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), apabila suatu iklan dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa pengawal selia kewangan di Malaysia, termasuk

Bank Negara Malaysia, dalam suatu format yang ditetapkan, suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan suatu pernyataan gesaan bertindak dalam iklan itu.

(3)

Bagi maksud subperaturan (1) dan (2), representasi keanggotaan dan pernyataan gesaan bertindak itu hendaklah dipamerkan dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(4)

Peraturan ini hendaklah terpakai kepada apa-apa iklan yang disebut dalam subperaturan (1) dan (2) yang merujuk kepada—

(a)

suatu anggota penanggung insurans sahaja; atau

(b)

suatu anggota penanggung insurans dan bukan suatu anggota penanggung insurans.

Penzahiran pada masa jualan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS) 2022