Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) 2023

Seksyen 7

Permohonan untuk semakan semula kepada Perbadanan

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), suatu anggota penerima deposit yang terkilan dengan keputusan yang diberitahu di bawah peraturan 6

boleh memohon untuk suatu semakan semula secara bertulis kepada Perbadanan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan berkenaan dengan sistem premium berbeza sebagaimana yang boleh dikeluarkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa atau dalam apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2)

Suatu permohonan untuk semakan semula di bawah subperaturan (1)

hendaklah hanya dibuat jika—

(a)

terdapat suatu kesilapan dalam maklumat yang dikemukakan oleh anggota penerima deposit itu kepada Perbadanan di bawah peraturan 3; atau

(b)

terdapat suatu kesilapan oleh Perbadanan dalam pentaksiran anggota penerima deposit itu bagi maksud premium.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), suatu permohonan untuk semakan semula kepada Perbadanan tidak boleh dibuat berkenaan dengan taraf pengawasan anggota penerima deposit itu.

P.U. (A) 218 5

(4)

Walaupun anggota penerima deposit itu telah mengemukakan suatu permohonan untuk semakan semula kepada Perbadanan di bawah subperaturan (1), anggota penerima deposit itu hendaklah membayar premium bagi tahun taksiran itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Semakan semula oleh Perbadanan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) 2023