Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) (PINDAAN) 2015

Seksyen 17

Berkenaan dengan suatu tahun taksiran yang suatu anggota penerima deposit digabung terbentuk pada atau sebelum 31 Disember tahun taksiran sebelumnya—

(a)

penghitungan setiap penunjuk aras anggota penerima deposit digabung bagi kriteria kuantitatif hendaklah berdasarkan maklumat kewangan anggota penerima deposit digabung itu setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya; dan

(b)

pemarkahan anggota penerima deposit digabung itu bagi kriteria kualitatif hendaklah berdasarkan taraf pengawasan dan maklumat lain yang berkaitan mengenai anggota penerima deposit digabung itu menurut perenggan 9, setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan.

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) (PINDAAN) 2015