Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Berkenaan dengan suatu tahun taksiran yang suatu anggota penerima deposit digabung terbentuk selepas 31 Disember tahun taksiran sebelumnya—
(a)
penghitungan setiap penunjuk aras anggota penerima deposit digabung itu bagi kriteria kuantitatif hendaklah berdasarkan maklumat kewangan anggota penerima deposit yang bergabung setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya; dan
(b)
pemarkahan anggota penerima deposit digabung itu bagi kriteria kualitatif hendaklah berdasarkan taraf pengawasan dan maklumat lain yang berkaitan mengenai anggota penerima deposit yang bergabung menurut perenggan 9, setakat 31 Disember tahun taksiran sebelumnya atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh
Perbadanan.”.
20
Dibuat 17 Februari 2015
[PIDM/PN/01/2015; PN(PU2)651/IV]
TAN SRI DATUK DR ABDUL SAMAD HAJI ALIAS
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
21
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (DIFFERENTIAL PREMIUM SYSTEMS
IN RESPECT OF DEPOSIT-TAKING MEMBERS) (AMENDMENT) REGULATIONS 2015