Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) (PINDAAN) 2015

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium

Berbeza berkenaan dengan Anggota Penerima Deposit) 2011 [P.U. (A) 34/2011], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan menggantikan takrif “anggota penerima deposit baru” dengan takrif yang berikut:

“anggota penerima deposit baru” ertinya suatu institusi kewangan yang disifatkan menjadi institusi anggota menurut perenggan 36(1)(b) Akta bagi tempoh 12 bulan atau kurang, yang tempoh itu berakhir pada 31 Disember tahun taksiran pertamanya tetapi tidak termasuk—

(a)

suatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang berasal daripada suatu institusi kewangan yang menjalankan suatu perniagaan perbankan Islam yang

3

diluluskan di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

suatu anggota penerima deposit digabung sebagaimana yang diperihalkan dalam subperenggan 16(1) Jadual; dan

(c)

suatu anggota penerima deposit yang bergabung sebagaimana yang diperihalkan dalam subperenggan 16(3) Jadual.”.

Pindaan peraturan 3

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) (PINDAAN) 2015