Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
“Kategori premium bagi anggota penerima deposit
(1)
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam
Peraturan-Peraturan ini, suatu anggota penerima deposit hendaklah dikelaskan dalam kategori premium 1 jika—
(a)
anggota penerima deposit itu berada dalam tahun taksiran pertama dan tahun taksiran keduanya;
(b)
anggota penerima deposit itu tidak dibenarkan untuk memulakan operasi dalam tahun taksiran sebelumya; atau
(c)
taraf pengawasan pertama tidak tersedia pada tarikh akhir anggota penerima deposit itu dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 dalam suatu tahun taksiran.
P.U. (A) 24 7
(2)
Anggota penerima deposit yang disebut dalam subperaturan (1)
tidak boleh dikehendaki untuk mengemukakan kepada Perbadanan maklumat yang disebut dalam peraturan 3.”.
Dibuat 28 Januari 2022
[PIDM/PN/1/2021; PN(PU2)689/Jld. 7]
TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI YUSOFF
Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
P.U. (A) 24 8
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (DIFFERENTIAL PREMIUM
SYSTEMS IN RESPECT OF DEPOSIT-TAKING MEMBERS) (AMENDMENT)
REGULATIONS 2022