Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) (PINDAAN) 2022

Seksyen 3

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 3 dengan peraturan yang berikut:

“Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan 3.

(1)

Suatu anggota penerima deposit, selain suatu anggota penerima deposit yang dikelaskan dalam kategori premium 1 di bawah subperaturan 10(1), bagi setiap tahun taksiran selepas tahun taksiran keduanya, hendaklah mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan dalam tempoh dan mengikut cara yang ditentukan oleh Perbadanan bagi maksud mentaksir pemarkahan dan menentukan kategori premium anggota penerima deposit itu menurut peruntukan Jadual.

(2)

Jika suatu anggota penerima deposit telah diberikan suatu kelulusan bertulis di bawah subseksyen 15(1)

Akta

Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758] untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam sebagai tambahan kepada perniagaan berlesennya, anggota penerima deposit itu hendaklah mengemukakan kepada Perbadanan maklumat yang disebut dalam subperaturan (1) secara berasingan bagi perniagaan perbankan Islam dan perniagaan berlesen anggota penerima deposit itu.”.

Pindaan peraturan 4

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) (PINDAAN) 2022