Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TEMPOH PENGGANTUNGAN SEMENTARA) 2012

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada peraturan 3, jika Perbadanan atau orang dilantik mengambil alih kawalan suatu institusi anggota atau seorang penerima dilantik berkenaan dengan suatu institusi anggota menurut Akta, seksyen 109 Akta hendaklah menghalang penamatan suatu perjanjian kewangan yang layak bagi tempoh sepuluh hari berikutan permulaan pengambilalihan kawalan atau pelantikan penerima.

(2)

Tertakluk kepada peraturan 3, jika seorang konservator telah dilantik untuk mentadbirkan orang terjejas, tiada seorang pun yang menjadi pihak balas kepada suatu perjanjian kewangan yang layak dengan orang terjejas boleh menamatkan perjanjian itu, menjalankan apa-apa hak tolakan di bawah perjanjian itu atau menjalankan apa-apa remedi atau hak terhadap orang terjejas atau asetnya, berkenaan dengan suatu perjanjian kewangan yang layak, bagi tempoh sepuluh hari berikutan pelantikan konservator.

P.U. (A) 432 3

Ketidakpakaian peraturan 2

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TEMPOH PENGGANTUNGAN SEMENTARA) 2012