Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menomborkan semula peraturan sedia ada sebagai subperaturan (1);
(b)
dalam subperaturan (1) yang dinomborkan semula—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan
“suatu institusi anggota” perkataan “yang pada pendapat
Perbadanan kepentingan awam menghendaki supaya suatu notis diberikan”;
(ii)
dalam perenggan (b)—
dengan menggantikan perkataan
“deposit”
dengan perkataan “liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans”; dan dengan menggantikan perkataan “diperoleh” dengan perkataan “diambil alih”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan “dan satu lagi dalam Bahasa
Inggeris, mengenai tempoh perlindungan insurans bagi deposit yang telah dipegang olehnya” dengan perkataan “, suatu notis mengenai tempoh perlindungan insurans berasingan yang berterusan bagi liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans yang telah dipegang atau dipegang olehnya”; dan
P.U. (A) 337 9
(c)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut:
“(2)
Bagi maksud perenggan (1)(b), suatu institusi anggota yang merupakan anggota pemindah hendaklah memberikan notis mengenai tempoh perlindungan insurans berasingan yang berterusan itu.”.
Pindaan peraturan 12