Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Peraturan 13 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kelulusan”
perkataan “atau apa-apa kelulusan yang berikutnya”;
P.U. (A) 337 10
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“pemindahan”
di mana-mana jua terdapat perkataan “, pelupusan atau pelepasan”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan “atau liabiliti” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “, liabiliti, perniagaan atau kepentingan dalam syer”; dan
(b)
dengan menggantikan subperaturan
(2)
dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Suatu institusi anggota hendaklah memberitahu
Perbadanan secara bertulis tentang apa-apa perkembangan material terhadap mana-mana keadaan yang diluluskan yang dinyatakan dalam subperaturan
(1)
dalam tempoh tujuh hari dari berlakunya perkembangan material itu atau—
(a)
jika perkembangan material itu berkaitan dengan penyelesaian pelaksanaan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyelesaian itu;
(b)
jika perkembangan material itu berkaitan dengan penangguhan pelaksanaan secara sementara atau tetap, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kelulusan lembaga pengarah institusi anggota itu bagi penangguhan itu; atau
(c)
jika perkembangan material itu berkaitan dengan penamatan keadaan yang diluluskan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kelulusan lembaga pengarah institusi anggota itu bagi penamatan itu.”.
P.U. (A) 337 11
Pindaan peraturan 14