Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Terma dan Syarat
Keanggotaan) 2008 [P.U. (A) 314/2008], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam
Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan menggantikan takrif
“pegawai kanan” dengan takrif yang berikut:
‘ “orang penting yang bertanggungjawab” ertinya orang penting yang bertanggungan atau bertanggungjawab bagi pengurusan dan pengawasan suatu institusi anggota dan hendaklah termasuk orang yang berikut atau orang yang menjawat atau bertindak atas apa-apa jawatan itu dengan apa jua gelaran disebut:
(a)
pengarah institusi anggota itu;
(b)
anggota Jawatankuasa Shariah institusi anggota itu;
(c)
ketua pegawai eksekutif institusi anggota itu;
P.U. (A) 337 3
(d)
orang yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang menyentuh keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan institusi anggota itu atau orang yang mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan keputusan itu;
(e)
orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi melaksanakan dan menguatkuasakan polisi dan strategi yang diluluskan oleh lembaga pengarah institusi anggota itu;
(f)
orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi membangunkan dan melaksanakan sistem, kawalan dalaman dan proses bagi mengenal pasti, mengukur, memantau atau mengawal risiko institusi anggota itu;
dan
(g)
orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi memantau kewajaran, kecukupan dan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan pematuhan sistem dan proses institusi anggota itu, dan termasuk ketua juruaudit dalaman, ketua pengurusan risiko, ketua pematuhan, ketua pegawai kewangan, dan aktuari yang dilantik atau yang menandatangani.’.
Pindaan peraturan 3