Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 22
peraturan yang berikut:
“Premium atau levi yang kena dibayar kepada Perbadanan oleh institusi anggota 22A.
(1)
Suatu institusi anggota dilarang daripada mengenakan caj atau memindahkan premium atau levi yang kena dibayar kepada Perbadanan kepada pendeposit, pemunya polisi atau pemunya sijil mengikut apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung.
P.U. (A) 337 15
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans kepada Perbadanan hendaklah ditanggung oleh anggota penanggung insurans itu dan hendaklah dibayar semata-mata daripada dana pemegang saham anggota penanggung insurans itu.”.
Pemotongan peraturan 23