Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TERMA DAN SYARAT KEANGGOTAAN) (PINDAAN) 2017

Seksyen 6

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 5 dengan peraturan yang berikut:

“Amalan perniagaan dan kewangan yang kukuh 5.

Tanpa mengehadkan keluasan peraturan 3A, suatu institusi anggota hendaklah mempunyai amalan, proses, polisi dan prosedur pengurusan risiko, tadbir urus korporat, tadbir urus Shariah, jika berkenaan, dan kawalan berhubung dengan operasinya yang wajar, berkesan dan berhemat dan menyokong pengurusan kukuh berkenaan dengan kedudukan kewangan, perniagaan, hal ehwal dan aktivitinya.”.

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TERMA DAN SYARAT KEANGGOTAAN) (PINDAAN) 2017