Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Suatu institusi anggota” perkataan “, anggota penerima deposit dan anggota penanggung insurans”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan
(1)
subperaturan yang berikut:
P.U. (A) 337 6
“(1A) Rekod deposit yang dikehendaki untuk disediakan dan disenggara oleh suatu anggota penerima deposit di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk rekod deposit sama ada dilindungi atau tidak dilindungi oleh Perbadanan.
(1B)
Rekod liabiliti yang dikehendaki untuk disediakan dan disenggara oleh suatu anggota penanggung insurans di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk liabiliti premium atau sumbangan, liabiliti tuntutan melingkungi tuntutan yang telah dibayar dan yang tertunggak, liabiliti penilaian aktuari, baki yang terhutang kepada atau daripada penanggung insurans semula atau pengendali takaful semula, sama ada dilindungi atau tidak dilindungi oleh Perbadanan.
(1C)
Tertakluk kepada subperaturan
(1)
, suatu anggota penerima deposit hendaklah—
(a)
mempunyai suatu sistem liabiliti deposit yang boleh menjana maklumat yang boleh dipercayai dan tepat mengenai deposit dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan apabila dikehendaki oleh Perbadanan; dan
(b)
menyimpan atau menyebabkan disimpan pada setiap masa segala rekod berkenaan dengan deposit mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(1D)
Tertakluk kepada subperaturan
(1)
, suatu anggota penanggung insurans hendaklah—
(a)
mempunyai suatu sistem pengurusan yang boleh menjana maklumat yang boleh dipercayai dan tepat mengenai polisi insurans, sijil takaful dan tuntutan
P.U. (A) 337 7
dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh
Perbadanan apabila dikehendaki oleh Perbadanan;
dan
(b)
menyimpan atau menyebabkan disimpan pada setiap masa segala rekod berkenaan dengan polisi insurans, sijil takaful dan tuntutan mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
(1E)
Segala rekod yang dikehendaki untuk disenggara di bawah subperaturan ini hendaklah disenggara atau disebabkan disenggara mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Perbadanan dan boleh diakses oleh Perbadanan pada bila-bila masa tanpa apa-apa halangan.”;
dan
(c)
dengan memotong subperaturan (2).
Pemotongan peraturan 9