Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018

Seksyen 10

Peminjaman pegawai

(1)

Pegawai yang dilantik secara tetap boleh, dengan persetujuannya, persetujuan Ketua Pegawai Eksekutif dan dengan kelulusan Perbadanan, dipinjamkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia.

(2)

Pegawai bagi mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia yang dilantik secara tetap boleh, dengan persetujuannya, persetujuan Ketua Jabatan mana-mana perkhidmatan awam dan dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dipinjamkan kepada Perbadanan.

(3)

Pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar

Malaysia boleh mempertimbangkan seseorang pegawai pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia untuk dipinjamkan kepada

Perbadanan, tertakluk kepada persetujuan pegawai itu, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia tersebut dan Perbadanan.

P.U. (A) 85 11

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018