Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018

Seksyen 32

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan Perbadanan dan tarikh yang ditentukan tidak boleh lebih awal dari tarikh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat bersidang.

(2)

Bagi kenaikan pangkat ke gred, tarikh kenaikan pangkat itu tidak boleh lebih awal dari tarikh kekosongan jawatan.

P.U. (A) 85 20

(3)

Bagi kenaikan pangkat ke jawatan, tarikh kenaikan pangkat itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan jawatan hakiki itu.

(4)

Bagi maksud peraturan ini—

(a)

“kenaikan pangkat ke gred” ialah kenaikan pangkat ke mana-mana gred dalam Perbadanan; dan

(b)

“kenaikan pangkat ke jawatan” ialah kenaikan pangkat ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

(5)

Bagi maksud perenggan 4(b), “Kumpulan Pengurusan Tertinggi” ertinya suatu kumpulan yang terdiri daripada pegawai yang memegang jawatan Gred 1 hingga Gred 3

dalam Perbadanan.

Penentuan gaji kenaikan pangkat

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018