Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pelantikan semula seseorang yang dikehendaki bersara
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), seseorang yang dikehendaki bersara daripada perkhidmatan Perbadanan boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan Perbadanan secara kontrak.
(2)
Dalam peraturan ini, “dikehendaki bersara” ertinya persaraan atas sebab tidak sihat, persaraan kerana dilantik memasuki pertubuhan atau persaraan atas keputusan Kerajaan mengikut undang-undang pencen yang berkuat kuasa.
(3)
Seseorang yang telah dibersarakan daripada perkhidmatan Perbadanan atas sebab tidak sihat boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan Perbadanan jika dia disahkan sihat dari segi perubatan dan berkeupayaan melaksanakan tugas dengan memuaskan oleh suatu panel perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Perbadanan.
P.U. (A) 85 10
(4)
Bagi maksud subperaturan (3), panel perubatan itu hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar, yang salah seorang daripada mereka ialah pakar dalam penyakit yang pernah dihidapi oleh pesara itu.
Pelantikan semula seseorang yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja