Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERDAGANGAN STRATEGIK (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2022
Seksyen 3
(1)
Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, pegawai diberi kuasa boleh mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.
(2)
Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh tiga puluh hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh pegawai diberi kuasa, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.
P.U. (A) 154 3
Penyetujuterimaan kompaun