Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Perdagangan Strategik 2010 [P.U. (A) 482/2010], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 10—
(a)
dalam subperaturan (4), dengan memotong perkataan “bekerja” selepas perkataan “30 hari”;
(b)
dalam subperaturan (5), dengan menggantikan perkataan “2 bulan”
dengan perkataan “30 hari”; dan
(c)
dengan menggantikan perenggan (7)(c) dengan perenggan yang berikut:
“(c)
pernyataan yang mengikutnya pengeksport mengaku janji bertanggungjawab untuk memberikan Pihak Berkuasa yang berkenaan suatu Pernyataan Pengesahan Penghantaran dalam
Borang 6 atau dalam mana-mana borang yang boleh diterima oleh
Pihak Berkuasa yang berkenaan—
P.U. (A) 393 3
(i)
dalam hal permit sekali guna, tidak lewat daripada tempoh 2 bulan dari tarikh eksport, melainkan dibenarkan oleh
Pihak Berkuasa yang berkenaan; dan
(ii)
dalam hal permit pukal atau permit kegunaan pelbagai kali, apabila diminta oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan; dan”.
Pindaan peraturan 11