Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERGIGIAN 2021

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud perenggan 6(1)(e), (f), (g) dan (h) Akta, pegawai pengurus hendaklah menyiarkan suatu notis berhubung dengan penamaan calon anggota Majlis dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dan mengikut apa-apa tempoh masa yang difikirkan patut oleh Majlis.

(2)

Jika berlaku suatu kekosongan dalam jawatan anggota Majlis disebabkan oleh hilang kelayakan, pegawai pengurus hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kekosongan jawatan itu, menyiarkan suatu notis berhubung dengan penamaan calon anggota Majlis mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(3)

Pegawai pengurus hendaklah, dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh kekosongan dalam jawatan anggota Majlis disebabkan oleh tamat tempoh keanggotaan, menyiarkan suatu notis berhubung dengan penamaan calon anggota Majlis mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(4)

Notis yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3) hendaklah—

(a)

menyatakan jawatan yang kosong atau akan kosong itu;

(b)

meminta penamaan calon bagi jawatan itu; dan

(c)

menyatakan masa dan tarikh tutup penamaan calon.

Kertas penamaan