Skip to content

Seksyen 4

Kertas penamaan

of Peraturan-Peraturan Pergigian 2021

P.U. (A)In forceProvision 4 of 6
Seksyen 4

(1)

Mana-mana doktor pergigian boleh menamakan dirinya sendiri atau doktor pergigian lain bagi pemilihan calon sebagai anggota Majlis di bawah perenggan 6(1)(e) hingga (h) Akta.

(2)

Apa-apa penamaan calon sebagai anggota Majlis hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang 1 Jadual Pertama kepada pegawai pengurus dalam tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis di bawah peraturan 3.

8

(3)

Jika penamaan calon dikemukakan kepada pegawai pengurus tidak mengikut tempoh masa yang dinyatakan dalam notis di bawah peraturan 3, pegawai pengurus hendaklah menolak penamaan calon itu.