Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024

Seksyen 12

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam Bahagian IV dengan memasukkan sebelum peraturan 18 peraturan yang berikut:

“Permohonan untuk perwakilan 17A.

(1)

Permohonan oleh majikan atau pekerja untuk kebenaran untuk diwakili di bawah subperenggan 20(6)(a)(iv) atau 20(6)(b)(iv) Akta hendaklah dibuat dalam Borang FJ.

(2)

Setelah menerima permohonan untuk kebenaran untuk diwakili tersebut, Ketua Pengarah boleh—

(a)

memberi kebenaran, dengan atau tanpa syarat; atau

(b)

enggan untuk memberikan kebenaran.

(3)

Ketua Pengarah boleh, demi kepentingan penyelesaian segera, membatalkan mana-mana kebenaran yang diberikan di bawah subperaturan (2)

dan majikan atau pekerja yang kebenarannya dibatalkan boleh menggunakan pilihan di bawah perenggan 20(6)(a) atau 20(6)(b) Akta, mengikut mana-mana yang berkenaan.”

P.U. (A) 241 12

Pindaan peraturan 18 13.

Perenggan 18(2)(b) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “enam puluh hari” dengan perkataan “tiga puluh hari”.

Pindaan Jadual

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024