Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan 2009 [P.U. (A) 356/2009], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan menggantikan takrif “undi sulit” dengan takrif yang berikut:

‘ “undi sulit” ertinya—

(a)

berhubung dengan Bahagian II, suatu undi sulit yang dibuat bagi maksud menentukan peratus pekerja atau apa-apa kelas pekerja, yang berkenaan dengannya tuntutan pengiktirafan ini dibuat untuk menunjukkan sokongan kepada kesatuan sekerja pekerja yang membuat tuntutan itu;

(b)

berhubung dengan Bahagian IIA, suatu undi sulit yang dibuat bagi maksud menentukan bilangan undi tertinggi yang menunjukkan keutamaan bagi kesatuan sekerja pekerja untuk mendapat hak berunding tunggal bagi mewakili pekerja atau kelas pekerja tersebut.

P.U. (A) 241 3

Pindaan peraturan 3

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024