Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024
Seksyen 3
Peraturan 3 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(2A)
Jika lebih daripada satu kesatuan sekerja pekerja diiktiraf untuk mewakili pekerja atau kelas pekerja yang sama, hanya kesatuan sekerja pekerja yang mendapat hak perundingan tunggal di bawah seksyen 12A Akta boleh memulakan perundingan bersama dengan majikan atau kesatuan sekerja majikan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Akta.”