Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024
Seksyen 6
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 6 dengan peraturan berikut:
“Penentuan skop keahlian kesatuan sekerja 6.
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa Borang A telah diserahkan dengan betul, Ketua Pengarah boleh, tanpa berlengah-lengah—
(a)
mengarahkan majikan atau kesatuan sekerja majikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengemukakan kepadanya, dalam masa empat belas hari selepas penerimaan arahan atau mana-mana tempoh lain yang dinyatakan dalam arahan—
(i)
maklumat majikan yang berhubungan dengan skop keahlian kesatuan sekerja pekerja yang membuat tuntutan pengiktirafan; dan
(ii)
butir-butir pekerja yang berkenaan dengannya tuntutan pengiktirafan dibuat dan yang diambil kerja oleh majikan, atau majikan masing-masing yang merupakan ahli kesatuan sekerja majikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana pada tarikh tuntutan, dalam Borang B yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab; dan
(b)
mengambil langkah-langkah lanjut yang difikirkan perlu oleh
Ketua Pengarah bagi menentukan skop keahlian kesatuan sekerja itu.”.
Pindaan peraturan 7