Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 4

(1)

Jika majikan atau kesatuan sekerja majikan berpuas hati bahawa skop keanggotaan kesatuan sekerja pekerja yang membuat tuntutan pengiktirafan untuk mewakili pekerja-pekerja atau kelas pekerja adalah selaras dengan perlembagaan kesatuan sekerja pekerja, majikan atau kesatuan sekerja majikan hendaklah secara sukarela memberi pengiktirafan kepada kesatuan sekerja pekerja tersebut dalam Borang AA.

(2)

Satu salinan Borang AA di bawah subperaturan (1) hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari dari tarikh Borang AA dikeluarkan.”.

P.U. (A) 153 3

Pindaan peraturan 8

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2025