Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2025
Seksyen 5
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 13G peraturan yang berikut:
“Penentuan undi 13GA.
(1)
Kesatuan sekerja pekerja yang mendapat undi tertinggi dalam undi sulit hendaklah mempunyai hak perundingan tunggal bagi mewakili pekerja atau kelas pekerja tersebut.
(2)
Sekiranya keputusan undi sulit di bawah subperaturan (1)
menunjukkan seri, Ketua Pengarah hendaklah menjalankan undi sulit selanjutnya di kalangan kesatuan-kesatuan sekerja pekerja yang menerima
P.U. (A) 153 4
bilangan undian tertinggi yang sama sehingga suatu kesatuan sekerja pekerja memperolehi jumlah undian tertinggi.
(3)
Dalam menjalankan apa-apa undi sulit selanjutnya di bawah subperaturan (2)—
(a)
Ketua Pengarah hendaklah memutuskan tarikh, masa, tempat undi sulit dan apa-apa perkara lain yang perlu bagi menjalankan undi sulit dalam Borang FF yang baharu;
(b)
majikan atau kesatuan sekerja majikan hendaklah meletakkan salinan notis undi sulit dalam Borang FG yang baharu di tempat yang mudah dilihat di premis majikan yang berkenaan sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah selama tujuh hari berturut-turut sebaik sebelum hari pembuangan undi sulit; dan
(c)
pekerja yang berhak mengundi adalah seperti yang disenaraikan dalam Lampiran 1 Borang FE atau Lampiran 1
Borang FF sedia ada, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
Pindaan Jadual 6.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam Jadual—
(a)
dalam Borang FG, dengan menggantikan perkataan “[Subperaturan 19(1)]”
dengan perkataan “[Subperaturan 13F(1)]”;
(b)
dalam Borang FH, berhubung dengan butiran B, dengan menggantikan perkataan “KERTAS UNDI YANG DIKELUARKAN” dengan perkataan
“UNDI YANG DIBUANG”;
(c)
dalam Borang FI, dengan memasukkan sebelum perkataan “Peraturan 13I”
perkataan ”Subperaturan 13D(1B) dan”; dan
P.U. (A) 153 5
(d)
dalam Borang H, dengan menggantikan perkataan “enam puluh hari”
dengan perkataan “tiga puluh hari”.
Dibuat 9 Mei 2025
[KSM.PUU(S)600-1/2/9/8(4); PN(PU2)198/JLD.20]
SIM CHEE KEONG
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 153 6
INDUSTRIAL RELATIONS ACT 1967
INDUSTRIAL RELATIONS (AMENDMENT) REGULATIONS 2025