Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2015
Seksyen 10
Peraturan 12A Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(4)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; atau 9
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.”.
Pindaan peraturan 13