Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2015

Seksyen 11

Peraturan 13 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Mana-mana orang yang mengiklankan jualan dengan harga jualan murah dalam apa jua bentuk yang berhubungan dengan barang-barang pada harga jualan murah hendaklah—

(a)

menyatakan dalam iklan itu nombor pendaftaran jualan murah dan jangka masa jualan itu; dan

(b)

memastikan bahawa iklan itu mempunyai tanda dan ungkapan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A) Ungkapan yang disebut dalam perenggan

(1)

(b)

hendaklah—

(a)

dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa kebangsaan yang diikuti dengan terjemahan ungkapan itu dalam mana-mana bahasa lain; dan 10

(b)

ditulis tangan atau dicetak dengan ketinggian penghurufan yang tidak kurang daripada lima milimeter.

(1B)

Tanda dan ungkapan yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah dipaparkan dengan jelas dalam iklan itu.

(1C)

Subperaturan (1), (1A) dan (1B) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang mengiklankan jualan dengan harga jualan murah melalui radio.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1), (1A),

(1B)

atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.”.

11

Pindaan peraturan 15

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2015