Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2015
Seksyen 12
Peraturan 15 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “Kesalahan.” dengan perkataan “Penunjukan palsu, dsb.”;
(b)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan barang-barang dari apa-apa perihal tidak boleh memberikan, dengan apa jua cara, apa-apa penunjukan palsu berkenaan dengan harga jualan murah.”;
(c)
dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:
“(3)
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan barang-barang dari apa-apa perihal dengan harga jualan murah tidak boleh—
(a)
memberikan butir-butir palsu dalam notis di bawah peraturan 3; atau
(b)
menyenggara rekod-rekod atau butir-butir palsu yang berhubungan dengan harga barang-barang itu dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan sebelum itu.”; dan 12
(d)
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau
(3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.”.
Pindaan Jadual