Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2019

Seksyen 5

Pindaan peraturan 6 4.

Peraturan 6 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “tiga puluh hari atau apa-apa jangka masa yang Pengawal boleh tetapkan” dengan perkataan “tiga puluh satu hari”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan

(1)

subperaturan yang berikut:

“(1A) Jika penawaran bagi barang-barang yang sama perihalnya yang ditawarkan di bawah subperaturan (1) hendak dilanjutkan kepada penawaran yang melebihi tiga puluh satu hari—

(a)

penyerahan notis di bawah peraturan 3 hendaklah dilakukan; dan

(b)

barang-barang tersebut hendaklah dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan pada harga jualan murah yang lebih rendah daripada harga jualan murah yang telah dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan sebelumnya.”; dan

P.U. (A) 327 4

(c)

dalam subperaturan (4), dengan memasukkan selepas perkataan

“melanggar subperaturan (1)” perkataan “atau (1A)”.

Pemotongan peraturan 6A

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2019