Seksyen 7
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan
of Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan) 2019
Pindaan peraturan 8 7.
Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperaturan
(3)
dengan subperaturan yang berikut:
“(3) Bagi maksud perenggan
(1)
,
“harga yang barang-barang itu dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan dahulu olehnya” ertinya harga yang paling akhir, selain harga semasa dalam tempoh jualan murah, yang barang-barang itu atau barang-barang yang sama perihalnya dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan olehnya dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebelum tarikh bermulanya pembekalan atau tawaran untuk membekalkan barang-barang itu dengan harga jualan murah.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan
(4)
subperaturan yang berikut:
“(5) Dalam suatu pendakwaan di bawah peraturan ini, beban untuk membuktikan bahawa harga yang paling akhir, selain harga semasa dalam tempoh suatu jualan murah, barang-barang itu atau barang-barang yang sama perihalnya dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan olehnya dalam perjalanan perdagangan
P.U. (A) 327 5
atau perniagaan, hendaklah terletak ke atas orang yang dipertuduhkan itu.”.
Pemotongan peraturan 9