Skip to content

Seksyen 3

Pendepositan skrip dengan pihak ketiga

of Peraturan-Peraturan Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Debentur Runcit dan Sukuk Runcit) 2013

P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 3

(1)

Jika depositori pusat telah membuat suatu perkiraan dengan Bank

Negara Malaysia atau suatu entiti yang bertindak bagi pihak Bank Negara Malaysia

P.U. (A) 23 3

untuk memegang hakmilik atau pemilikan fizikal bagi skrip fizikal yang menjadi dasar apa-apa sekuriti, atau untuk memegang apa-apa dokumen lain yang mewakili sekuriti bagi pihak depositori pusat, sebagai pemegang bare trust bagi pendeposit, bagi maksud Akta, sekuriti itu disifatkan sebagai didepositkan atau diserah simpan dengan, atau dipegang dalam jagaan oleh, depositori pusat itu, apabila depositori pusat berpuas hati bahawa sekuriti itu telah didepositkan atau diserah simpan dengan pihak yang berkenaan.

(2)

Subseksyen 8(1) dan seksyen 26 Akta hendaklah terpakai bagi sekuriti yang disifatkan telah didepositkan dengan depositori pusat dalam subperaturan (1).