Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014

Seksyen 3

Pelantikan Pegawai Bomba Bantuan

(1)

Seseorang boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk dilantik sebagai

Pegawai Bomba Bantuan jika—

(a)

dia berumur lapan belas tahun dan ke atas;

(b)

dia merupakan seorang warganegara; dan

P.U. (A) 125 4

(c)

dia bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana pasukan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam suatu borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Apabila permohonan itu dibuat, Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik atau enggan untuk melantik orang yang disebut dalam subperaturan (1) sebagai Pegawai Bomba Bantuan.

(4)

Apabila pelantikan itu dibuat, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pelantikan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada

Pegawai Bomba Bantuan.

Latihan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014