Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014

Seksyen 5

(1)

Tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang dalam penggajiannya yang merupakan seorang Pegawai Bomba Bantuan dipanggil untuk menjalani latihan atau tugas di bawah Peraturan-Peraturan ini, memberi orang itu cuti selama tempoh latihan atau tugas itu untuk membolehkan orang itu menjalani latihan atau tugas itu.

(2)

Tempoh latihan atau tugas hendaklah tidak melebihi sepuluh hari bekerja pada satu-satu masa.

P.U. (A) 125 5

(3)

Tiada seorang majikan pun boleh—

(a)

tertakluk kepada subperaturan (4), membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemindahan atau pemotongan tidak wajar daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu;

(b)

mengenakan atau menyebabkan dikenakan ke atas, atau menuntut daripada, orang itu apa-apa penalti; atau

(c)

mengubah terma dan syarat pekerjaan orang itu dengan memudaratkannya, semata-mata oleh sebab dia tidak hadir bekerja semasa tempoh latihan atau tugas itu.

(4)

Seseorang majikan yang termasuk dalam takrif Akta Kerja 1955

[Akta 265], Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] boleh memotong gaji atau saraan lain orang yang menjalani latihan atau tugas di bawah subperaturan (1).

(5)

Seseorang majikan yang—

(a)

secara langsung atau tidak langsung enggan atau, dengan ugutan, pengaruh tidak wajar atau dalam apa-apa cara lain, mengganggu pemberian tempoh cuti yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) kepada mana-mana orang; atau

(b)

melanggar subperaturan (3), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

P.U. (A) 125 6

(6)

Mahkamah yang mensabitkan seorang majikan dengan suatu kesalahan di bawah subperaturan (5) bagi pelanggaran subperaturan (3) boleh memerintahkan majikan itu supaya membayar kepada orang yang disebut dalam subperaturan (3) gaji dan saraan lain yang orang itu berhak kepadanya semasa tempoh latihan atau tugas itu.

Larangan membuang pekerja atas alasan latihan atau tugas

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014