Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014
Seksyen 7
Peletakan jawatan Pegawai Bomba Bantuan
(1)
Pegawai Bomba Bantuan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan sebagai Pegawai Bomba Bantuan dengan memberikan notis bertulis yang bermaksud sedemikian kepada Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah, apabila menerima notis di bawah subperaturan (1), hendaklah menyampaikan suatu notis kepada Pegawai Bomba Bantuan yang meletak jawatan itu memaklumkannya bahawa dia telah dilepaskan daripada menjadi Pegawai
Bomba Bantuan dan sesudah itu orang itu hendaklah terhenti menjadi Pegawai Bomba
Bantuan.
(3)
Seseorang yang terhenti menjadi Pegawai Bomba Bantuan di bawah subperaturan (2) hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas dia terhenti menjadi
Pegawai Bomba Bantuan, menyerahkan perakuan pelantikan yang dikeluarkan kepadanya di bawah Peraturan-Peraturan ini.
Pembatalan pelantikan Pegawai Bomba Bantuan