Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014

Seksyen 8

Ketua Pengarah boleh membatalkan pelantikan mana-mana Pegawai Bomba

(a)

dia mati;

P.U. (A) 125 7

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan jenayah;

(c)

kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai Pegawai

Bomba Bantuan atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama

Jabatan Bomba dan Penyelamat;

(d)

dia menjadi bankrap;

(e)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan tugasnya;

(f)

dia telah melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini;

(g)

dia telah melanggar mana-mana peruntukan tatasusila Pegawai Bomba

Bantuan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(h)

dia telah melanggar mana-mana peruntukan Arahan Tetap yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah;

(i)

dia telah memberikan dokumen atau maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat dalam permohonannya di bawah peraturan 3; atau

(j)

peletakan jawatannya diterima oleh Ketua Pengarah.

P.U. (A) 125 8

Tugas dan kuasa Pegawai Bomba Bantuan

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014